Tuesday, February 9, 2010

Menggambar Cartoon




Anda minat melukis kartun dan komik?

Anda perasan anda ada bakat dalam senilukis kartun?

Rakan-rakan selalu membodek dan memuji kononnya anda terel melukis kartun dan komik?

Adakah anda pernah bercita-cita untuk menjadikan kerjaya kartunis yg kononnya glemer dan masyuk itu sebagai profession?

Atau mungkin anda pernah berangan untuk melihat gadis pujaan anda kagum dengan bakat lukisan kartun anda?

Jika majoriti soalan-soalan di atas dijawab dengan ya, yes, ok, orait, of course dan seumpama dengannya; saya ada berita maha best untuk anda!

Dalam jangkamasa terdekat ini, berkemungkinan besar saya akan menganjurkan satu kelas atau bengkel melukis kartun EKSKLUSIF bersama saya khas untuk mengajar sesiapa yg berminat.

Untuk pengetahuan anda, saya telah banyak mengendalikan kelas dan bengkel mengajar cara melukis kartun serata Malaya sepanjang kerjaya sebagai seorang kartunis profesional yg terlampau.

Boleh dikatakan saya adalah seorang cikgu yg berpengalaman dalam mengajar ilmu perkartunan ini dan banyak anak murid yg telah mendapat manfaat dari pengajaran saya. (sila baca dalam nada bongkak)

Walaupun begitu, untuk kelas yg akan diadakan ini nanti, saya AMAT-AMAT memerlukan sedikit bantuan dari anda…

Ini adalah untuk saya menyusun dan merombak modul pembelajaran yg paling praktikal dan efektif supaya anda sebagai bakal anak-anak murid saya memperolehi hasil yg optima.

Apakah bantuannya?

Sekiranya anda berminat, sila bantu saya dengan menjawab soalan-soalan berikut:

1) Apakah perkara atau subjek yg paling anda ingin tahu dalam proses penghasilan kartun dan komik?

2) Apakah masalah dan kerumitan yg selalu menghalang anda untuk berkarya?

3) Sila kategorikan anda sebagai pelukis kartun yang…

* A) Baru saja melukis dan berhasrat untuk menjadikan kartun dan komik ini sebagai mengisi masa lapang sahaja
* B) Baru saja melukis tetapi merasakan bahawa diri anda berbakat dan mampu untuk pergi lebih jauh dalam bidang ini
* C) Sudah lama melukis dan rasa bahawa anda sudah banyak ilmu berkenaan lukisan kartun ini tetapi anda berhasrat untuk bertemu kartunis profesional untuk bertanyakan soalan yg lebih advanced.
* D) Tiada satu pun di atas. (Sila tulis dan nyatakan sendiri)

4) Pernahkah anda mengikuti sebarang kelas atau mana-mana bengkel sebelum ini? Sekiranya pernah, sila nyatakan apakah apa yg diperolehi selepas kelas tersebut.

5) Sekiranya saya akan menghadkan hanya 10-15 pelajar sahaja untuk mengikuti kelas eksklusif bersama saya ini, sila nyatakan kenapa anda ingin mengikutinya dan kenapa saya patut memilih anda?

6) Berapakah nilai MAKSIMUM yg sanggup anda bayar bagi memastikan anda turut terpilih untuk mengikuti kelas eksklusif bersama saya ini?

Untuk menjawab, hanya isikan jawapan-jawapan anda di ruangan komen di bawah.

Bagi anda yg tidak berminat melukis kartun tetapi mempunyai idea bernas, pendapat anda juga amat-amat dialu-alukan. Mungkin pandangan mereka yg berada ‘di luar pagar’ ada masanya berguna juga untuk melahirkan generasi baru kartunis dan pelukis komik yg bermutu!

Ribuan terima kasih untuk segala pandangan dan komen bernas anda. Semoga dengan pertolongan anda, saya akan dapat membantu anda menjadi kartunis dan pelukis komik yg berguna untuk bangsa, agama dan negara… insyaallah!

Akhir kata, Majulah Kartun Untuk Negara!

0 comments:

Post a Comment

Semua Komentar Anda Sangat Berguna Untuk Saya, Jadi Mohon berkomentar jangan cuma baca ya !!!!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More